September 15, 2009

Projek Kecil-Kecilanlah katanya...

Ari tu previous entry akak ada storied yang akak ada buek projek kocil-kocillan katonya...agak bz laa jugak, pueh akak dok menyimpul lobih kurang satu sotongah minggu jugaklah...nasib baik laa tongkuk akak tak tersimpul...kalu tak payah lak En. Ripins nak bolai-bolai akak...OPss sesungguhnya aku berposa ari ni...projek ni atas permintaan kenkawan...kalu tak akak pun maleh nak buek..tapi elok jugak..tambah pendapatan tok gayo...kojo halal..bukan kojo tak halal..nasib baik laaa En. Ripins memahami akak, dia tolong buek sikit sikit kojo gumah, tolong jugak laa akak gunting-mengunting, sidai kain, lipek kain, tolong tengokkan Aunie, mandi, kasi makan...alhamdullilah ringan sikit kojo akak...ni laa projek yang akak buek...layanzz...

inilah projek kocil-kocillan akak..memang kochik pun bondo ei...siang dan malam, menyimpul dan simpul..popia mini daging dan ikan akakss..

ok bye..

Fenin..fenin...Sodih..Sodih...

Tak sampai beberapa hari lagek nak HARI RAYOOOOOOOOOOOOOOOOO...kasut tak boli laei, kasut anak dagho eden pun tak boli laei, Baju En. Ripins pun tak boli laei...hbag gayo lak En. Ripins tak boei boli..dio kato ada bondo yang laei ponting dari hbag...selamat tinggal MBMJ...postpone ko Gayo Haji lak...lagi haru dan sodih.... BAJU RAYO EDEN TAK SIAP LAEI..OMAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK SAMPAI HATI OMAK BUEK EDEN BOGINI....SOB..SOB..SOB...nampak gayo ei...baju gayo eden powad ke gayo haji laa gamak ei....

September 07, 2009

Siapa Menang....

Alkisahnya cerita ini saja hendak dikongsi bersama, akak bila tengok gambar my dotter dan anak sepupu akak musti gelak sensorang...Adam anak sepupu akak yang bakal berusia 2 tahun pada 29 Oktober 2009 (sama tarikh betday En. Ripins ; p/s: abang memandangkan betday abang nak dekat ni, Ai rasa no present-present..aritu pun betday Ai abang tak kasik menda-menda pun..jadik balasannya musti sama yerk 1-1..saja nak kasek tau awal-awal, nanti taklah abang excited tunggu dan kasek hint betday abang kat Ai... ) continue balik....my dotter and Adam berebut makan puding manggo...akak tepek gambar kek sini..layanzzz...

Sker tengok ini Adam, kiut sesangat..

my dotter Aunie dok merampas...dah la tak mandi lagek...kesian Adam


adieh...kesian Adam, macam sofa lak si Aunie ni dok buat..sesuka hati jer letak kaki ataih paler lutut orang..anak sapaaaaaaaaaaaaaa laaa nie..isk isk isk..

Kesian member..sampai meleleh ayaq liur dok tunggu....


Atlast En. Ripins angkot Adam and Aunie..senang citer..dua-dua tak menang....hahahah

Bye..bye..sekian..


Bulan poser ni bulan resepi katanya...

Akak nak bersharing-sharing dengan you alls yerk resepi last Saturday...bulan puasa ni bulan resepi katanya...tadik puding caramel ni Ikan cencaru sumbat lak...layanzzz....


terliur noks akak tengok ikan cencaru sumbat akak ni..adieh...

Bahan-bahannya:

3 Ekor ikan cencaru sederhana besarnya
5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kechik)
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3 biji limau kasturi
1/4 kelapa parut yang sederhana tua
sedikit belacan
serbuk kunyit
garam dan gula

Cara-cara


1. Firstly of courselah siang ikan dan basuhkan..tapi jangan dibelah tang perot yer you alls, kita terus belah di bahagian sisi atas ikan nanti bolehlah isi sambal/inti di dalam perot ikan yang telah dibuang tu banyak dan tak terkeluar semasa menggoreng. Selepas dibersihkan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit macam nak menggoreng ikan seperti biasa. Then put aside.


2. Semua bahan seperti cili merah, bawang merah & putih, serai dan belacan, garam dan gula serta perahan limau kasturi diblend, kalau rajin bolehlah ditumbuk dengan lesung atau giling yer you alls. Garam dan gula ikut citarasa you alls sendirik. Setelah diblend campurkan kelapa parut tadi.


3. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak bahan yang diblend tadi di atas kuali sehingga airnya kering dan naik bau. Ini adalah untuk menggelakkan you alls dari terkena cirit birit apabila bahan yang diblend tadik tidak dimasak sebelum kita nak menyumbatkan sambal ke dalam perot ikan itu.


4. Setelah sambal kering, bolehlah disumbat ke dalam perot ikan cencaru tersebut, then bolehlah kita menggoreng seperti biasa sehingga ikan cencaru itu naik keferang-ferangan, kalau boleh goreng dengan kuantiti minyak yang sedikit. Rasa-rasa boleh tengelam bahagian permukaan ikan tu cukup sudah....


Ok, selamat mencuba..marbeles.


P/s: Kak Mah, terailah resepi aku...memang lazat, memang yummy and memang marbelesssssssssss...kalu dah kena musti abg shah akan cakap cam gini..."SUMPAH MA, ABANG SHAH TAK CAREK LAIN"..."LEPAS NI BOLEH ABG SHAH RENOVATE RUMAH SAMPAI KE GATE DEPAN GUMAH" miahahahahahah larieksssss...

Mengidam katanya....

Wahhh dah masuk 15 hari kita berpuasa, cepat jer masa berlalu...akak busy you alls lately ni ada projek kecil-kecilan katanya nak tambah duit belanja musim raya nie...ni pun atas permintaan ramai..nanti akak story yerk later-later apa projek kecil-kecilan itu...last Saturday akak mengidam you alls... 'MENGIDAM' motip?? no..no..no....(buat gaya Aunie) tak ada kena mengena yerk dengan yang sewaktu dengannya...akak mengidam nak makan puding caramel...beli kat bazar satu slice RM2.50..tak berbaloi sungguh...dah ler kechik...tu buat stok celah gigi sajork..apa lagi gigih suruh En. Ripins beli bahan-bahan di Cool Storage bawah rumah sajork...hahahahahah kuhnun...akak nak berkongsi resepi dengan you allss...sharing is caring..only da resepi yerk..but husband is no..no..no....motip!!..layanzzz.......




Puding Caramel


Bahan-bahannya:

5 bijik telor gred A
3 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 cawan air masak
sedikit essen vanilla

Cara-caranya:

1. Firstly panaskan gula di dalam loyang sehingga keperang-perangan...kemudian letak ke tepi.

2. Pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan..kalau boleh jangan sampai keluar buih yer, then masukkan susu dan air sekali.

3. Masukkan satu sudu kecil essen vanilla ke dalam bancuhan tadi...then tapis bancuhan tadi teros ke dalam loyang yang telah menjadi caramel. Tutup loyang dengan kertas aluminium ke dalam tempat kukusan. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana.

4. Atau boleh dibakar ke dalam oven, tapi harus diletakkan air suam di atas tempat dulang pembakar supaya tak hangus. Bakar selama 40 minits pada suhu 150' degree.

5. Bila sudah masak jangan teros dibuka aluminium foil itu, biarkan selama 5 minits yer you alls..jangan gelojoh...kemudian bolehlah dibuka.

6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti es.


Selamat mencuba.

p/s: Akak tak sempat letak dalam peti es...selang beberapa minit selepas berbuka tros membaham 2 slices..sedap nokss..tak menyesal mencuba resepi akakss....hahahah angkat bakoi sendiriks...lariksss...