September 07, 2009

Mengidam katanya....

Wahhh dah masuk 15 hari kita berpuasa, cepat jer masa berlalu...akak busy you alls lately ni ada projek kecil-kecilan katanya nak tambah duit belanja musim raya nie...ni pun atas permintaan ramai..nanti akak story yerk later-later apa projek kecil-kecilan itu...last Saturday akak mengidam you alls... 'MENGIDAM' motip?? no..no..no....(buat gaya Aunie) tak ada kena mengena yerk dengan yang sewaktu dengannya...akak mengidam nak makan puding caramel...beli kat bazar satu slice RM2.50..tak berbaloi sungguh...dah ler kechik...tu buat stok celah gigi sajork..apa lagi gigih suruh En. Ripins beli bahan-bahan di Cool Storage bawah rumah sajork...hahahahahah kuhnun...akak nak berkongsi resepi dengan you allss...sharing is caring..only da resepi yerk..but husband is no..no..no....motip!!..layanzzz.......




Puding Caramel


Bahan-bahannya:

5 bijik telor gred A
3 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 cawan air masak
sedikit essen vanilla

Cara-caranya:

1. Firstly panaskan gula di dalam loyang sehingga keperang-perangan...kemudian letak ke tepi.

2. Pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan..kalau boleh jangan sampai keluar buih yer, then masukkan susu dan air sekali.

3. Masukkan satu sudu kecil essen vanilla ke dalam bancuhan tadi...then tapis bancuhan tadi teros ke dalam loyang yang telah menjadi caramel. Tutup loyang dengan kertas aluminium ke dalam tempat kukusan. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana.

4. Atau boleh dibakar ke dalam oven, tapi harus diletakkan air suam di atas tempat dulang pembakar supaya tak hangus. Bakar selama 40 minits pada suhu 150' degree.

5. Bila sudah masak jangan teros dibuka aluminium foil itu, biarkan selama 5 minits yer you alls..jangan gelojoh...kemudian bolehlah dibuka.

6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti es.


Selamat mencuba.

p/s: Akak tak sempat letak dalam peti es...selang beberapa minit selepas berbuka tros membaham 2 slices..sedap nokss..tak menyesal mencuba resepi akakss....hahahah angkat bakoi sendiriks...lariksss...

No comments: