September 07, 2009

Bulan poser ni bulan resepi katanya...

Akak nak bersharing-sharing dengan you alls yerk resepi last Saturday...bulan puasa ni bulan resepi katanya...tadik puding caramel ni Ikan cencaru sumbat lak...layanzzz....


terliur noks akak tengok ikan cencaru sumbat akak ni..adieh...

Bahan-bahannya:

3 Ekor ikan cencaru sederhana besarnya
5 biji cili merah
4 biji bawang merah (kechik)
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3 biji limau kasturi
1/4 kelapa parut yang sederhana tua
sedikit belacan
serbuk kunyit
garam dan gula

Cara-cara


1. Firstly of courselah siang ikan dan basuhkan..tapi jangan dibelah tang perot yer you alls, kita terus belah di bahagian sisi atas ikan nanti bolehlah isi sambal/inti di dalam perot ikan yang telah dibuang tu banyak dan tak terkeluar semasa menggoreng. Selepas dibersihkan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit macam nak menggoreng ikan seperti biasa. Then put aside.


2. Semua bahan seperti cili merah, bawang merah & putih, serai dan belacan, garam dan gula serta perahan limau kasturi diblend, kalau rajin bolehlah ditumbuk dengan lesung atau giling yer you alls. Garam dan gula ikut citarasa you alls sendirik. Setelah diblend campurkan kelapa parut tadi.


3. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak bahan yang diblend tadi di atas kuali sehingga airnya kering dan naik bau. Ini adalah untuk menggelakkan you alls dari terkena cirit birit apabila bahan yang diblend tadik tidak dimasak sebelum kita nak menyumbatkan sambal ke dalam perot ikan itu.


4. Setelah sambal kering, bolehlah disumbat ke dalam perot ikan cencaru tersebut, then bolehlah kita menggoreng seperti biasa sehingga ikan cencaru itu naik keferang-ferangan, kalau boleh goreng dengan kuantiti minyak yang sedikit. Rasa-rasa boleh tengelam bahagian permukaan ikan tu cukup sudah....


Ok, selamat mencuba..marbeles.


P/s: Kak Mah, terailah resepi aku...memang lazat, memang yummy and memang marbelesssssssssss...kalu dah kena musti abg shah akan cakap cam gini..."SUMPAH MA, ABANG SHAH TAK CAREK LAIN"..."LEPAS NI BOLEH ABG SHAH RENOVATE RUMAH SAMPAI KE GATE DEPAN GUMAH" miahahahahahah larieksssss...

Mengidam katanya....

Wahhh dah masuk 15 hari kita berpuasa, cepat jer masa berlalu...akak busy you alls lately ni ada projek kecil-kecilan katanya nak tambah duit belanja musim raya nie...ni pun atas permintaan ramai..nanti akak story yerk later-later apa projek kecil-kecilan itu...last Saturday akak mengidam you alls... 'MENGIDAM' motip?? no..no..no....(buat gaya Aunie) tak ada kena mengena yerk dengan yang sewaktu dengannya...akak mengidam nak makan puding caramel...beli kat bazar satu slice RM2.50..tak berbaloi sungguh...dah ler kechik...tu buat stok celah gigi sajork..apa lagi gigih suruh En. Ripins beli bahan-bahan di Cool Storage bawah rumah sajork...hahahahahah kuhnun...akak nak berkongsi resepi dengan you allss...sharing is caring..only da resepi yerk..but husband is no..no..no....motip!!..layanzzz.......




Puding Caramel


Bahan-bahannya:

5 bijik telor gred A
3 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 cawan air masak
sedikit essen vanilla

Cara-caranya:

1. Firstly panaskan gula di dalam loyang sehingga keperang-perangan...kemudian letak ke tepi.

2. Pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan..kalau boleh jangan sampai keluar buih yer, then masukkan susu dan air sekali.

3. Masukkan satu sudu kecil essen vanilla ke dalam bancuhan tadi...then tapis bancuhan tadi teros ke dalam loyang yang telah menjadi caramel. Tutup loyang dengan kertas aluminium ke dalam tempat kukusan. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana.

4. Atau boleh dibakar ke dalam oven, tapi harus diletakkan air suam di atas tempat dulang pembakar supaya tak hangus. Bakar selama 40 minits pada suhu 150' degree.

5. Bila sudah masak jangan teros dibuka aluminium foil itu, biarkan selama 5 minits yer you alls..jangan gelojoh...kemudian bolehlah dibuka.

6. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti es.


Selamat mencuba.

p/s: Akak tak sempat letak dalam peti es...selang beberapa minit selepas berbuka tros membaham 2 slices..sedap nokss..tak menyesal mencuba resepi akakss....hahahah angkat bakoi sendiriks...lariksss...

August 19, 2009

Agar-agar puding cocktail..

Penat tak terkata hari last Saturday, lepas balik dari games di Cyberjaya, akak gagahkan diri buat agar-agar puding cocktail...badan sakit yaaaa amat, tapi untuk anak buah tersenta akak buat jugak...malam Sabtu lalu anak buah akak sambut betday yer you alls..ingat nak buat ler chocolate cake..tapi tak sempat...buat yang termampu sajork...mintak En. Ripins beli bahan-bahan...sila rujuk di bawah yer you alls resepinya...sama sajork ngan Kak Mah, tapi akak buat pudingnya kasek pekat....



Resipinya:

(akak buat untuk stok 50 orang and above)

Untuk Agar-agar merah bak buah delima itu ialah:

1 bungkus pek agar-agar tak kesahlah brand apa
2 jug air
pewarna merah
gula secukup rasa

Untuk Pudingnya:

5 tin susu cair
2 tin air
2 tin besar cocktail/buah campuran
sedikit asen vanilla
secawan tepung kastard
gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Rendam dahulu agar-agar dalam air setengah jam, lepas itu masuk 2 jag air dalam periuk dan masak bersama agar-agar yang direndam tadi, masukkan dalam 2 sudu besar pewarna merah dan gula...tunggu sehingga mendidih angkat dah bekukan agar-agar itu.

2. Untuk puding, masukkan kelima-lima tin susu cair bersama dua tin air di dalam periuk, tunggu sehingga mendidih masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan air. Kemudian masukkan gula dan 2 sudu besar esen vanilla. Kacau dan tunggu sehingga pekat, agak-agak dah mendidih baru masukkan cocktail tadi..kacau lagek sehingga pekat...after that bolehlah tuang di dalam tuppaware yer kenkawan..tunggu sejuk baru boleh potong agar-agar tadi dan hiaslah macam akak...kalu kreatip lagek boleh ditambah buah peach dalam tin lagek sodap...akak tak sompek laa nak buek..kek kodai bawah ghumah akak tak ado laa buah peach dalam tin...selamat mencuba...gerenti marbelosss....


bye..

August 13, 2009

Adeih..Pening kepala

Akak tengah pening ni u'allss nak pilih hadiah betday anak sedara akak genap setahun...betdaynya hari Sabtu ni..adiah tak beli lagi..kalu nak kasi baju rasanya dah banyak kali belikan..asal belikan Aunie sajork..akan belikan sepasang tok dia...hmmmmmmmm..kalu nak kasi buku Auntie Ti dia baru sajork belikan dia buku....kalu nak beli jigsaw puzzle ker..keta meinan ker masih kechik lagek...apa yerk u'alls...dalam pensurveyan akak..anak sedara akak ni memang suka tunggang menunggang ni...selalu sajork begebut nek kudanya si Aunie..akak rasa ada 3 meinan yang akak berminat untuk belikan hadiah betday anak sedara akak...tiga-tiga meinan ni akak suker....soB..soB..soB...sodih!!..kalu nak boli semua skali lingkup laa akak u'alls..gaji bulan Ogos ni makin susut lak angko...huwaaaaaaaaaaaaaa...gaso-gaso mana satu yerk..ada suggestion tak!!

bye..

August 03, 2009

Am buzy katanya....

Kelakar gila...bos kata aku sibuk lately nie...

bos : HOW ARR (trademark bos sambil garuk-garuk montot)..buzy arr Ina...sambil senyum-senyum...

me : Senyum sajork....

bos : U are doing ur assignment ka!!! HOW ARR (lagek sekali)...

me : Senyum lagek..speechless...

bos : okey lohh...saya tak mo ganggu you...

me : yer ler sangat aku buat assignment...aku tengah menghapdet belog ni boss...hapdet belog bos kasek cantek lagek...miahhahahahahahah...

p/s : Sepah-sepahkanlah paper ataih meja..pastu sila fokus yer (fokus katanya....).. betoi-betoi depan screen computer.....

July 31, 2009

Innalillah....

Petang semalam setibanya akak di level rumah akak, jiran yang ketuk pintu rumah malam lepas datang jumpa dan beritahu satu berita yang tak baik dan menyedihkan you alls, suami jiran akak yang sakit itu telah meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi pada keesokkan harinya..akak speechless dan terkejut..tak sangka begitu cepat arwah pergi...umurnya baru 31 tahun meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak iaitu Amna berusia 2 tahun dan Zakri berusia baru 5 bulan...


Bersama-sama dengan ini marilah kita sedekahkan pada si arwah al-fatihah, dan ditempatkan dia kalangan orang-orang yang beriman...Amin...


Kepada hamba allah yang mempunyai jiwa busuk, hasad dengki dan berhati hewan...hanya tuhan saja yang akan membalas perbuatannya...yang baik itu datang dari tuhan yang maha esa..dan yang jahat itu dari kita...


AMIN......

July 29, 2009

The horror nite I've ever had in my life....

Eh eh eh...lama sungguh akak meninggalkan donia berbelog+ing nie yerk..mana taknya sibuk jer melayari belog orang lain sampai belog akak pun tak dihapdetnya...tapi kali ni akak nak bersharing-sharing citer dengan kenkawan yang lain....
Yesterday baru jer kawan bawah..'bawah' motif! kawan kat tingkat bawah ler... telepon akak citer pasal horror horror nie...seram jugak bila dikenang..maklumlah dolu-dolu masa anak dara bersebelahan jer gumah dengan kawan di bawah itu...pernah gak mentioned kat kawan itu untuk tengok-tengokkan rumahnya pasal dolu first baby dia selalu gak sakit-sakit...lagipun dolu sebelum kawan itu menduduki rumahnyer tersebut adalah x orang hindu yang tinggai...bila dah nama HINDU tu...kuat ler nyembah berhala...bila berhala dan gambar-gambar hewan yang ada..so bermulalah makhluk yang tiada nama ini suker dok tinggai...ok ok...akak setop citer kawan itu..kembali semula ke citer akak yer...
Kesahnya begini...semalam tepat jam kul 12.00 malam...ada somebody dok ketuk pintu rumah, kuat giler...akak pulak tengah mengemop gumah (iyer saya mengemop gumah kul 12 tengah malam yer kenkawan..sila ketawa) gara-gara tuan puteri yang kechik ini membuat cococrunch menjadek lempeng atas tiles rumah sayer...akak cuak giler..nak bukak ke tidak..nak bukak ker tidak..(ikot cara datin wanabe yer bercakap)...sleeping partner pun tak ada sebab pergi kursus, 5 minit ketuk pintu rumah akak bagai nak rak...tak dibagi salam tak cakap apa-apa...akak intai kat bawah pintu..tengok kaki ada ker tak..fuhhh nasib baik ada kaki..kalu tak ada kaki lama dah akak cabut masuk bilik...akak bukak pintu...rupa-rupanya jiran satu level yang ketuk ajak ziarah sebelah rumah sebab suami jiran disebelah rumah sakit tenat secara tiba-tiba...'subhanallah...mengucap akak you all'...
Tak disangka suami jiran akak tu sihat walafiat baru jer menyembang hari Sabtu minggu lepas jadi kurus gila...muka cengkung...macam mayat hidup....dari seorang yang macam diva gebus bentuk badannya you alls..tak ker terkujat..dalam masa tak sampai setengah hari badan dia jadi macam gito...dia cakap dia macam dicucuk-cucuk jarum satu badan, panas dan tak keruan...terbaring lesu atas katil...nauzubillah..sedih akak tengok suami jiran akak tu...kesian..bila ke hospital doktor cakap tak ada apa-apa, disuruh balik...bila orang sudah ramai...pukul 2.00 pagi akak pun balik ke rumah semula bersama anakanda...
Akak terus mandi dan ambil air sembahyang, bersihkan diri my dotter dan akak mengaji sikit...akak dah rasa lain macam...badan tak sedap...tutup lampu, pasang aircond and bukak sedikit langsir untuk ambil cahaya di luar...then breastfeed my dotter nak suruh dia tidur...about 15 minutes gito...berdentam-dentum bunyi batu besar berguling-guling di atas...kalau guli tu sudah biasa...tapi kali ini bunyi batu besar yer you alls....after 5 minutes gito..bunyi tingkap akak lak...macam ada orang ketuk dan macam nak dibukaknya tingkap itu...adoihss masa tu akak nak jerit panggil my sleeping partner...tapi buat cool..baca surah apa-apa yang patut...afterwards bunyi kerusi dan almari diheret..so scarrrryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....kuat gila...and the sounds keep on rolling till azan subuh...wtf.....akak berdoa janganlah menjelma di depan akak..kalau setakat bunyi-bunyian tu boleh dibendung lagi....sedar-sedar akak bangun pukul 9.30 pagi..sms bos cakap akak g klinik hantar anak...bohong sunat....ohhh cam nak fitam rasanya....thanks god dia pun ada meeting di MITI...
Isk kesian sungguh...kita ni sebagai umat Islam janganlah dok dengki mendengki sesama kita...subhanallah...
Ok byee...